*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

derai tidak terlerai

aku merenung dari kejauhan anakku sedang kusyuk memberikan terjemaah movie Meet The Robinson….

Sudah besar dia sekarang.

Menyelami kembali saat awal aku mula menyusu anak itu ketika dia masih merah membuatkan air mataku berderai-derai jatuh bagaikan deraian mutiara yang jatuh…

Menngapa?

Terkenangkan zaman itu…

Ketika itu dunia penyusuan ibu tersangatlah asing.

Tiada penyokong tegar..tiada pembelaan sewajarnya

Bagi susu apa?

susu saya

ko ni apa kes?kerja besar bagi anak susu badan SAJA.KEDEKUT!!

macam lembu!

Ohhhh

siapa pun tidak membela..semuanya sinis…

masihku ingat saat di mana aku mencari pembelaan diri..lantang mereka memperlecehkan aku..lantang aku menjawap…Ohh..terasa juga kebodohan melayan si bodoh…

Tapi zaman itu aku memang bodoh bab penyusuan ibu…

Masihku ingat lagi pada hari-hari mencabar itu

memerah susu di surau  sambil dialun suara asing

Perah susu?najis tuh

oh my my..susu aku dikata  najis??

Masih aku ingat lagi bagaimana rakan seperjuangan kudipersenda oleh seseorang hanya kerana saiz payudaranya kecil

macam ko punya ni ada ka susu???

berderai-derai air matanya ..aku sama berderai…ohh sensitif sungguh zaman itu

Tapi itu semua kisah 5 tahun yang lalu..kisah yang Insya Allah sekarang ini taka kan berlaku lagi

bukan kerana aku perasan aku sudah cukup ilmu tetapi kerana aku punya jaringan sahabat sepejuangan yang kukuh lagi utuh

Mungkin bukan masanya untuk berdabik dada

penyusuan ibu di Malaysia bukannya sepopular iklan iklan susu tepung di kaca TV

penyusuan ibu masih belum 100% diterima warga Malaysia tetapi tidak mengapa….

Insya Allah kami usahakan

No pain No gain…

Majulah penyusuan ibu demi kemajuan ummah

hakikatnya hingga kini deraian airmata kasih masih cukup MURAH bercucuran….

mengapa???

kerana kupunya hormon keibuan?kerana kukaya hormon kasih sayang?

Boleh atau tidak?

Bagaimana?

OK

mula mula mari kita sama sama mendalami serba sedikit mengenai apakah penyusuan susu ibu itu?

Penyusuan susu ibu adalah memberi anak minum susu ibu…of course la kan

exclusive breastfeeding: Bayi hanya minum susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman lain termasuk air masak..WHO menggalakan ibu ibu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan awal kelahiran bayi

selepas bayi berusi 6 bulan bolehlah kita perkenalkan makanan pejal….dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun atau lebih

penyusuan susu ibu sepenuhnya…bayi diberi SUSU ibu(tanpa susu lain) beserta makanan pejal(bubur nasi dan bijirin)

extended breastfeeding…penyusuan susu ibu selepas usia anak 2 tahun (ada yang kata selepas usia anak setahun dan sebagainya…setelah ‘dah tak berapa baby sangat dah’)

Saya menyusukan anak saya sehingga berusia 5 tahun ( 17 sept 2005-17 sept 2010) dan anak saya mula berminat berhenti menyusu setelah genap usianya 5 tahun…iaitu 17 september 2010 yang lalu

Saya tidak memaksanya cuma menyatakan kepadanya yang dia lambat laun perlu berhenti juga menyusu badan…

Dan akhirnya dia membuat keputusan berhenti dan hanya minta disusukan jika dia terlalu ‘rindu’

ya la kan sedar sedar lahir ke dunia itulah yang diminum saban hari susahlah kalau nak suruh berhenti titik noktah begitu saja  …

layan

berikut saya copy dan paste komen saya di susuibu/com

bg kes saya
anak saya
minum susuibu sahaja sampai usia 5 bln 28 hari
usia 5 bln 29 hari sampai 2 tahun 2 bulan dia makan solid food dan minum susu ibu serta minum air masak sahaja

tiada mknn atau minuman berperisa gula.garam etc sampai usia dia 2 thn 2 bulan
saya stop perah ketika usia anak 2 tahun 2 bulan tapi anak saya masih menyusu badan sampai usia 5 thn

selepas usia 2 thn 2 bln tu dia mkn dan minum seperti manusoia biasa yg lain cuma dia tak minum formula milk..dia minum susu ibu dan susu cecair yang lain..tak ambil sebarang susu powder

Dalam hal menyusukan anak lebih daripada 2 tahun banyak perkara yang perlu kita ambil kira

terutamanya bab mitos ataupun kepercayaan karut masyarakat kita

Namun jika kita sudah bertekad maka teruskan niat kita itu

Ramai yang menyatakan saya bakal menghadapi masalah untuk mencerai susu badan bagi anak saya

tapi syukur Alhamdulillah

Allah permudahkan..anak saya sedia mengundur diri dan mengaku sudah besar…(walaupun kadang kadang gigil nak hisap nenen juga..walaupun 4 saat)

Yang pasti…BERJAYA menyusukan anak sendiri adalah satu kepuasan bagi seorang ibu…dan jika kita tidak berjaya usah kita gundah gulana..yang lepas biar lepas yang bakal tiba kita buat yang terbaik!

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check