Penyusuan susu ibu adalahsnagat-sangat digalakan di seanterio dunia. Negara-negara maju memang menitik beratkan penyusuan susu ibu, malahan penjualan susu untuk bayi bawah setahun amat dikawal rapi…
Saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya mengenai proses memperkenalkan makanan pelengkap/makanan pejal kepada bayi
Seawal usia 6 bulan kita sudah boleh memperkenalkan makanan pejal kepada bayi kita
Makanan apa yang sesuai?
Makanan asas, tanpa berperisa.
Bagi kita warga Malaysia , nasi adalah makanan ruji kita, maka eloklah kita mulakan dengan memperkenalkan bayi kita dengan bubur nasi kosong.
Kemudian, bolehlah dicampur dengan sayur-sayuran, ayam, ikan, daging.
Sedikit demi sedikit. Elakkan ‘melonggok’ kesemuanya sekali gus. Kita digalakkan memberikan bayi kita menu yang sama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut bagi monitoring kesan alahan terhadap makanan tersebut.
Perisa makanan seperti garam dan gula hanya diperkenalkan setelah bayi berusia lebih 2 tahun.
Nyatalah di sini makanan jajan seperti keropok, snacks dan mi segera adalah tidak sesuai diberikan kepada bayi. Jika boleh elakkan penggunaan MSG di dalam makanan anak sehingga dewasa. (kalau nak guna MSG kena rujuk cara penggunaannya ya, boleh search di internet hehehe)
Pasta juga boleh diberi kepada anak kita. Pelbagaikan menunya mengikut seleranya
Elakkan memaksa anak makan kerana mungkin menjadikan dia fobia untuk makan.
Ibu bapa perlu kreatif dalam hal ini.
OK?
berikut adalah diantara entry saya yang berkaitan.
PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK – BAYI
Tanda-tanda bayi bersedia untuk solid food
Menangani anak yang Picky Eater
untuk mencari lebih banyak entry berkitan sila masukkan keyword di ruangan CARI@yuitsumuni ya.
Bengkak susu boleh menyebabkan si ibu rasa tak selesa dan boleh membawa kepada kesakitan yang melampau serta masalah mastitis
Bagaimana mengelakan bengkak susu
mengelakkan lebih baik daripada mengubatai..maka marilah kita lekkan
1. susukan anak sekerap mungkin (bagi kes ibu bekerja, perah sekerap yang mampu)
2. Tidak ‘skip’ penyusuan(jika bersama anak)
3. elakkan tidur meniarap(boleh blocked susu maka bengkaklah kelenjar)
4. susukan bayi ikut kehendak bayi…pisahkan hanya apabila bayi berhenti
5. perah susu jika bayi tidak menyusu (kadang kadang bayi tidur tak nak bangun menyusu..kita kejut dia marah huhuhu)
6. susukan anak dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya..elakkan penggunaan artificial breastmilk..
Andai berlaku juga bengkak susu, maka antara yang kita boleh lakukan…
1. tuam dengan tuala yang dibashkan dengan air suam
2. mandi shower air panas(agak agak kita tahan laa)kenakan pada bahagian payudara yang bengkak. Tekanan dari shower air panas boleh membantu ‘release’ bengkak
3. urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan pada bahagian yang ada ketulan. Urut ke bawah..dari pangkal payudara ke aerola/puting.
4. Boleh juga guna helaian kobis, tekap dipayudara…kesejukkannya membantu menghilangkan sedikkit kesakitan
jika berlarutan berjumpalah doktor segera
Cara terbaik mengelakkan bengkak susu adalah menyusukan anak!