*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

SGM3: Avoiding Common Difficulties

Semalam, 27 Mac 2011, saya telah menyertai Pejumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu(Support Group Meeting, SGM) anjuran susuibu.com. Tajuk perbincangan kami pada kali ini adalah, Avoiding Commnon Difficulties. Apakah Common difficulties yang selalu kita hadapi di dlaam usaha menyusukana nak dengan susu ibu ini? Saya kongsikan sedikit antara point yang kami bincangkan ya.Semuanya berkait rapat dengan ilmu yang perlu kita ada.

 

1. Faktor ibu

Ibu kurang tahu tentang penyusuan susu ibu dan tidak arif tentang ‘konsep “supply On demand’, sehingga ti,bulnya masalah seperti

LOW MILK SUPPLY

Ibu ang baru melahirkan memang tidak akan memiliki susu mencurah-curah bagaikan air terjun dari puncak Janin, kerana susu awal itu warnanya tidaklah putih seperti susu…Susu awal itu namanya kolustrim yang kaya dengan antibodi yang bayi perlukan untuk terus berjuang menentang segala bentuk jangkitan.

Kolostrum: Cecair Bernilai Emas

2. Masalah payudara

BENGKAK SUSU

Bengkak susu akan berlaku jika kita tidak mengosongkan payudara. Selalunya berlaku jika kita tidak kerap menyusukan bayi kita.Kekerapan mengosongkan payudara akan membantu meningkatkan penghasilan susu…High demand..maka supply pun banyak. Jika bayi sudah kenyanang kita perlu perah susu supaya berlakunya pengosongan. Jika bayi tidur terlalu lama kita perlu kejutkan bayi untuk menyusu

Cara mengurangkan bengkak susu

SALURAN SUSU TERSUMBAT

Berkait rapat dengan bengkak susu, apabila tidak dikosongkan dengan betul akan berlakulah saluran susu tersumbat seterusnya jika dibiarkan akan membawa kepada jangkita yang lebih dahsyat.

MASTITIS

adalah sejenis jangkitan yang selalunya berlaku apabila bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Kuman akan berkumpul dna menyebabkan payudara membengkak dan sakit…

Blocked Ducts and Mastitis

Jangkitan payudara

 

3. Faktor persekitaran

Tiada sokongan daripada suami, keluarga dan majikan serta pengasuh bayi. Kita perlu tahu cara untuk mendapatkan sokongan salah satu daripadana dapatkan sokongan ibu-ibu menyusu yang lain. Ada juga tempat kita berkongsi pengalaman dan ilmu

Bagi ibu yang bekerja, persekitaran tempat kerja memang memberi kesan terus kepada penyusuan susu ibu maka, kita hendaklah menjelaskan kepada semua tentang hasrat kita sebelum kita melahirkan lagi.

4. Faktor hospital

Memilih hospital rakan bayi adalah sangat penting untuk memulakan langkah penyusuan susu ibu namun, jika bersalin di hospital bukan rakan bayi kita boleh juga menyusukan anak ya, sediakan ‘birth plan’. Di dalam Birth Plan itu kita boleh menyatakan kita ingin menyusukan anak dan bincanglah degan doktor serta bidan anda.

5. mitos

Mitos penyusuan sangatlah banyak sehinggakan kita tidak dapat membezakan yang mana mitos dan yang mana benar. Mitos dalam penyusuan adalah salah satu topik yang bakal kita bincangkan di dalam SGM kelak.

antara kisah mitos

boleh klik katogeri MITOS blog saya ni ya

Kita sebagai ibu perlu senantiasa mengemaskini diri dengan ilmu-ilmu keibuan. Marilah sertai SGM bulan depan!

SGM4/2011 : Improving Family Nutrition

24 Apr 2011 (Sun)   09:00 (GMT+08:00)

makanan untuk anak kita

Penyusuan susu ibu adalahsnagat-sangat digalakan di seanterio dunia. Negara-negara maju memang menitik beratkan penyusuan susu ibu, malahan penjualan susu untuk bayi bawah setahun amat dikawal rapi…

Saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya mengenai proses memperkenalkan makanan pelengkap/makanan pejal kepada bayi

Seawal usia 6 bulan kita sudah boleh memperkenalkan makanan pejal kepada bayi kita

Makanan apa yang sesuai?

Makanan asas, tanpa berperisa.

Bagi kita warga Malaysia , nasi adalah makanan ruji kita, maka eloklah kita mulakan dengan memperkenalkan bayi kita dengan bubur nasi kosong.

Kemudian, bolehlah dicampur dengan sayur-sayuran, ayam, ikan, daging.

Sedikit demi sedikit. Elakkan ‘melonggok’ kesemuanya sekali gus. Kita digalakkan memberikan bayi kita menu yang sama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut bagi monitoring kesan alahan terhadap makanan tersebut.

Perisa makanan seperti garam dan gula hanya diperkenalkan setelah bayi berusia lebih 2 tahun.

Nyatalah di sini makanan jajan seperti keropok, snacks dan mi segera adalah tidak sesuai diberikan kepada bayi. Jika boleh elakkan penggunaan MSG di dalam makanan anak sehingga dewasa. (kalau nak guna MSG kena rujuk cara penggunaannya ya, boleh search di internet hehehe)

Pasta juga boleh diberi kepada anak kita. Pelbagaikan menunya mengikut seleranya

Elakkan memaksa anak makan kerana mungkin menjadikan dia fobia untuk makan.

Ibu bapa perlu kreatif dalam hal ini.

OK?

berikut adalah diantara entry saya yang berkaitan.

 

PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK – BAYI

Tanda-tanda bayi bersedia untuk solid food

solid food for baby

makanan pejal pertama

Menangani anak yang Picky Eater

picky eater

Anakku bukan picky eater!

 

untuk mencari lebih banyak entry berkitan sila masukkan keyword di ruangan CARI@yuitsumuni ya.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check