Iklan di TV Malaysa memang ‘catchy’
saya ‘tertonton’ satu iklan makanan untuk kanak kanak…
Nak kata makanan….tetapi ai berbentuk minuman..
iklan di mana si ibu mengeluh kerana anak hanya makan apa yang anak suka.tidak makan makanan seimbang
Pada pandangan saya, dalam memastikan anak kita mendapat makanan seimbang, kita sebagai ibubapa perlu menjadi lebih kreatif…
Elakkan mengambil jalan mudah
Jika anak tak suka sayur kita perlu bijak mengubah menu sayur menjadi menarik
Anak saya tak makan sayur dengan nasi tetapi jika sayur di dalam baked pasta atau pun bolognese dia makan dengan penuh berselera
memberi anak minum/makan makanan/minuman yang diwar-warkan di iklan.TV commercial sahaja tidak menjamin anak kita mendapat makanan seimbang
semua itu strategi perniagaan…Kalau tak buat iklan begitu tak nampak hebatlah…
Iklan KFC juga membuatkan saya tersengeh sinis…
si ibu sedang sibuk memilih apa yang hendak dijamu kepada anak malam nanti..Nampak sahaja restoren KFC, si ibu meletakkan kembali sayur yang seang dipegang dan menuju ke restoren KFC…
adakah KFC sudah cukup semuanya?
Makan sekali sekala OK…janganlah dijadikan makanan ruji pula
mungkin boleh dapat idea mana patut
resepi fid 2 – ni banyak untuk ibu-ibu hehehehe
kesimpulannya, kita perlu menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan anak…
bahan bahan
cara menyediakan
ada petua menyatakan betik muda adalah salah satu sumber makanan yang dapat membantu ibu meningkatkan penghasilan susu badan
mungkin khasiat di dalam betik itu sendiri menyumbangkan kepada nutrien diperlukan ibu.