*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

PEMBERITAHUAN: Artikel ini BUKAN artikel ditulis oleh saya.

SUMBER: https://www.facebook.com/groups/solidforbaby/

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Pemakanan Kanak-Kanak & Pra-Sekolah

Pengenalan

Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:

  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan berpandukan piramid makanan

  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

satu

Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur

  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang – kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Satu hidangan sayur-sayuran
dua

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.
tiga 

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

Menggalakkan anak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  • Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  • Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..
  • Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
  • Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
  • Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  • Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  • Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  • Sekali sekala bawalah anak anda makan di luar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  • Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwic
  • Elakkan daripada memberi snek terlalu dekat dengan waktu makan utamanya.

Semakan akhir
:
10 April 2009

Penulis
:
Zalma bt. Abdul Razak

Zuhaida bt. Harun

Nazli Suhardi b. Ibrahim

SUMBER





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check