Susu Oh Susu!
Posted on Sun 21 Feb 2010 (2054 reads)
Nukilan : Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC
susuibu.com
Tarikh: 21 Februari, 2010
Keperluan pengambilan susu di dalam diet ibu mengandung mahupun ibu yang sedang menyusu sejak akhir-akhir ini telah dipropagandakan secara berleluasa oleh syarikat-syarikat pengeluar susu formula. Hasilnya, ibu-ibu semakin kurang keyakinan terhadap budaya pemakanan seimbang dan beranggapan dengan mengambil susu yang diformulakan dengan pelbagai khasiat yang dilabelkan pada tin masing-masing adalah yang terbaik hingga berasa bersalah atau kurang lengkap jika tidak berbuat demikian.
Mengikut sejarah peradaban manusia dan segala hidupan mamalia yang lainnya, keperluan setiap spesis terhadap susu ibu masing-masing memang wujud sejak azali lagi. Namun, kebergantungannya terhadap susu tidak pula berpanjangan sehingga dewasa. Cuba fikirkan, adakah orang utan, lembu, kambing, atau unta (serta sekalian spesis mamalia lain selain manusia) minum susu semasa mengandung untuk memastikan anak yang dikandung sihat atau semasa menyusukan anak masing-masing untuk memastikan anak yang disusukan mendapat cukup susu?
Gambar Hiasan
Hakikatnya, (saya petik dari Wikipedia),
"Humans are an exception in the natural world for consuming milk past infancy,despite the fact that more than 75% of adult humans show some degree (some as little as 5%) of lactose intolerance, a characteristic that is more prevalent among individuals of African or Asian descent.[4] "
Reference:
[4] Champe, Pamela (2008). "Introduction to Carbohydrates". Lippincott’s Illustrated Reviews: Biochemistry, 4th ed.. Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins. pp. 88. ISBN 0-7817-6960-0.
Walaupun susu adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat, namun ianya BUKANlah satu-satunya sumber makanan yang WAJIB diambil, tetapi jika boleh mengambilnya, atau tiada alahan terhadapnya, bolehlah diambil secara berpatutan, tidak berlebihan dan sebagai sebahagian daripada diet setiap hari. Apa sahaja yang diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Di dalam kehidupan, kita memerlukan keseimbangan.
Pertimbangkan juga isu etika dalam penghasilan susu secara industri ini telah menggalakkan perlakuan kekejaman ke atas makhluk lemah seperti lembu (dan mungkin juga haiwan mamalia lain): contohnya bagaimana anak lembu dipisahkan dari ibunya sebaik kelahiran, demi manusia boleh mengumpul kolustrum dari lembu (yang belum tentu bersesuaian untuk manusia), lalu si anak lembu pula dibiarkan menangis (kerana tidak dapat menyusu) ditepi ibunya agar sang ibu mendengar tangisan dan mendapat kesan "ejection reflex" dan lebih banyak susu dapat dikumpulkan. Tidak cukup dengan itu, anak lembu jantan dibunuh (bukan untuk dimakan) secara berleluasa kerana tidak berupaya menghasilkan susu dan tidak boleh melahirkan anak lembu yang baru. Bukankah manusia seringkali angkuh dan suka melakukan kekejaman?
Gambar hiasan dari http://milkmyths.org.uk/intro.php – Ibu lembu menanti bilakah saat perpisahan dengan anaknya, dan kelak sang ibu akan menjadi ‘mesin pengeluar susu’
Saya sarankan, baca sejarah mengenai susu di dalam Wikipedia untuk mendapat gambaran sewajarnya. Juga baca tentang kekejaman manusia terhadap spesis lembu di MilkMyths.
Saya juga ingin menyeru ibu-ibu agar tidak terpengaruh dengan hebahan iklan yang berleluasa di luar sana kononnya perkembangan otak anak-anak akan jadi kurang baik jika ibu tidak mengambil susu berjenama XYZ semasa mengandung atau susu yang dihasilkan kurang berkhasiat jika tidak mengambil susu ABC dalam tempoh penyusuan. Baca tentang fakta tentang pemakanan seimbang dan politik serta latar belakang syarikat pengeluar susu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata!
Copied from
PENGENALAN
Susu ibu merupakan makanan yang terunggul bagi bayi di mana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optima. Namun, penghasilan produk susu formula bayi serta promosi produk gantian susu ibu tersebut yang agresif oleh pengilang produk makanan bayi boleh mempengaruhi kepercayaan ibu untuk menyusukan anak-anak mereka. Pelbagai bentuk pemasaran digunakan oleh industri formula untuk mempengaruhi ibu-ibu seperti iklan yang mengelirukan, pemberian sampel dan hadiah percuma serta edaran pelbagai risalah dan kajian kepada profesional kesihatan yang menunjukkan susu gantian adalah “lebih baik atau hampir sama dengan susu ibu” didapati menggugat amalan penyusuan susu ibu. Rentetan ini, pelaksanaan Tata Etika amat diperlukan bagi melindungi, menyokong serta mempromosikan amalan penyusuan susu ibu melalui pengawalan tekanan pemasaran produk-produk makanan bayi dan peralatan penyusuan bayi ke atas ibu-ibu.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Buku Tata Etika Susu Berformula Untuk Bayi di Malaysia sejak 1 Julai 1979 lagi. Tata Etika ini adalah berasaskan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu ’International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes” dan resolusi-resolusi World Health Assembly (WHA) berkenaan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.
Tata Etika ini dihasilkan dengan kerjasama industri-industri susu yang beroperasi di Malaysia. Pada tahun 1983, Tata Etika tersebut telah dipinda dengan beberapa penambahbaikan. Tata Etika ini seterusnya dipinda buat kali kedua pada tahun 1985 untuk membolehkan pengawasan dan pelaksanaan yang lebih berkesan dijalankan. Tata Etika untuk Produk Susu Formula Bayi telah diterbitkan pada tahun 1995 sebagai pindaan kali ke-3 berdasarkan beberapa keperluan perubahan mengikut situasi negara.
Edisi terbaru buku tersebut dinamakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan, dan telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008,oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai. Tata Etika ini merangkumi panduan amalan etika dan pemberian maklumat berkaitan produk-produk tersenarai iaitu:-
PELAKSANAAN
Objektif
Matlamat Tata Etika adalah untuk menyumbang kepada promosi pemakanan yang selamat dan optima bagi bayi dengan melindungi dan mempromosikan penyusuan susu ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu ibu yang betul (sekiranya perlu) dengan menyediakan informasi yang mencukupi melalui kaedah pemasaran dan pengedaran yang terkawal.
Kumpulan Sasar
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
Mana-mana satu atau gabungan penalti berikut akan dikenakan iaitu:
FAEDAH KEPADA KKM / PARA PROFESIONAL / ORANG RAMAI
Setiap tahun, mengikut laporan pemantauan, tahap pematuhan oleh industri susu semakin meningkat dan bilangan pelanggaran semakin kurang.
Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan ini memberi faedah kepada: