*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kelahiran……

17 september 2005 Akif lahir ke dunia melalui ceasarian birth dengan berat kelahiran 4.41kg, 55cm panjang dan 35cm lilitan kepala pada jam 1150am di Selangor Medical Center disambut oleh Dr BK Tan, Dr Ling dan Dr.Suraya

Kerana mommy anak ini tidak pernah tahu mengenai ceasarian birth dan breastfeeding maka dia tidak mahu tahu apa bayi akif minum sepanjang 12jam pertama kelahirannya ke dunia.Mommy tidak menyesal tetapi tidak mahu tahu!

Akifku susukan selepas hampir 12 jam kelahirannya.Anak ini tidak perlu diajar bagaimana menyusu kerana sebaik sahaja nurse meletakkannya didada mommynya dia dengan sendiri membuka mulut dan menghampirkannya ke puting dan menghisap susu.Yang perlu diajar ketika itu adalah mommynya.

Aku diajar cara memastikan bayi latch dengan betul dan sedikit taklimat ringkas tentang penyusuan susu ibu.Mulai saat itu santapan Akif hanyalah daripada badan mommynya.

Hari ketiga selepas bersalin kami masih di SMC kerana mommy belom dibenarkan pulang.Dan pada hari ketiga kelahiran itu aku mula merasakan bengkak susu yang mana itulah titiktolak perjuangan seorang mommy dalam dunia penyusuan susu ibu.

Keesokkan petang kami dibenarkan pulang.Sepatutnya pagi lagi dah boleh balik tapi suamiku yang dedikasi itu telah ke pejabat terlebih dahulu menemui Encik Tham.Maka petanglah jadinya masa pulang ke rumah.Ohhh tidaklah petang sangat,jam 3pm.

Pertama kali pilang ke rumah bersama bayi kecil.Perasaanku yang utama adalah risau.Gundah gulana.Bagaimana akuhendak mencorak anak ini?Apa aku nak beri doa makan?Aku belum cukup ilmu.Ketika anakku tidur malam itu aku menelaah buku panduan penjagaan bayi.Satu ilham tercetus.Aku yakin kini apakah yang terbaik buat anakku.

Bersambung…..

 

Ok..nak buat macam mana ya??

ok ..kerja banyak tu kerja apa?

kalau kerja pejabat sahaja saya rasa kita boleh adjust sedikit masa..lainlah kalau kerja kena mengadap mesin..kalau tinggal mesin syarikat bankrup ataupun kerja operate orang…

hehheheeeee

macam mana nak atasi ‘ketidakcukupan susu ditambah dengan kekurangan masa untuk mengepam’

 

pengorbanan….

di pejabat mesti kena perah juga susu..kalau tidak diperah tiada ransangan susu akan meruum lebih teruk lagi

dalam masa anda bekerj ada berapa kali waktu rehat?

gunakan masa rehat untuk memerah susu…makan sambil memerah pun kira ‘aci’ laaaa

gunakan breastpump yang mesra pengguna…yang anda tak perlua pegang…contohnya free style(FS) ataupun mana-mana breastpump electric/battery operated kecuali yang cap puren dan anakku..itu kena pegang  dan kena adjust…spectra3 or spectra7 pun OK…boleh pump walaupun sedang bekerja…

gunakan nursing cover untuk aktiviti mengepam di tempat/meja/lab bekerja

dapatkan maklumat yang memudahkan aktiviti mengepam..store EBM yang diperah di dalam bekas yang bersesuaian dan simpan di dalam peti ais atau cooler bag

pump yang digunakan tidak perlu dicuci setiap kali menggunakannya di tempat kerja…simpan di dalam fridge atau cooler bag…

pakai pakaian yang memudahkan aktiviti mengepam.

kumpulkan stok susu sebanyak yang mungkin ketika cuti atau berada di rumah

tambahkan sesi memerah pada waktu malam atau awal pagi

dapatkan sokongan daripada suami anda.

 

ini adalah antara yang ibu-ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu ibu sahaja tetapi bekerja dan SIBUK…

takkan sibuk sampai tak boleh makan dan solat kot?

makesure ikut jadual masa memerah…ini adalah penting bagi menjamin kestabilan penghasilan susu anda.

 

sekian





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check